Pages

Tuesday, November 28, 2023

Random Update

seminggu ni tenang sikit tayah masuk ofis. jumaat nanti je laa masuk. tu pon aku mood dah tak de dah hujung tahun ni. rasa nak duduk tenang tenang jer kat umah ngan family. nanti nak kene bersedia pulak nak beranak. 

keje kat ofis tu banyak jer tak siap. penat la. tapi nak buat camane kene la jugak keje kan. memang dari dulu mak ayah aku selalu pesan walau apa pn jadi jangan berenti keje. sebab kita tak tau masa depan camane. jangan jadi pompuan yang hanya bergantung pada laki. nanti kene tinggal mula laa meratapi nasib. so parents aku memang dah ajar sesiap supaya boleh hidup walau pon sendiri. 

sehari dua ni banyak plak aku terdengar short clips pasal membazir barang yang tak pakai lebih dari 40 hari semua akan kene hisab. sis is scared uolls. terus rasa cam okay nak jual lah handbag. baik aku let go jer. simpan mana yang memang aku pakai btol btol. tudung pon satu hal jugak. btol laa brader tu cakap, kalo kumpul bole buat khemah expo. hhaha biadap btol eh.

pastu ada hati plak nak tuka eco system samsung. ttibehh nak let go barang apple. handphone satu dah berjaya dah. my main phone sekarang s23ultra and memang tak menyesal lah. cuma nya aku malas bab screen die curve jer. so susah sangat nak cari screen protector yang aku puas hati. yang satu tu aku suka btol tapi dah 269 plak harga kau. kalo pasang tahan lama okay la. ni budak budak ni semua masuk mulut nanti. semua nak digigitnya. aku ni pulak sejenis tak boleh screen aku hauk. berbubble ke ape aahhh sis terus stress. 

kekdah nya sekarang apa cite ipad aku bebanyak tu ? ish susah laa nak let go ipad ni. yang pink tu sebab aku memang dah engraved nama anak anak semua. so camane sekali pon memang aku simpan la. cuma tu ada 3 nama. ni nanti no 4 apa cute ? nanti laa fikir. ipad mini 6 pon mustahil laa aku nak jual. tu ipad yang paling convenient sekali kot. nak tulis nota senang, portable, tak lenguh pegang eh macam macam lah lagi. so may be aku let go je laa lagi satu pro aku tu. tapi sayangggg. dilema lah !

nanti laa fikir. 

xoxo

Saturday, November 25, 2023

My Sunday Morning

Happy Sunday y'all !

Yeay budak budak dah nap 💓 Dah makan mandi berak minum susu semua dah. Puas hati bila mandi kan sendiri. Pakai kan baju sendiri. At least tak ada laa tak berbedak anak aku 😏 Walau pon baju korang dah macam buruk, tapi tabah jer laa dulu. Baju duk umah jer. Nanti mama beli lain. Yang lelama ni kalo dah tak elok kita anta pusat recycle jer nanti. 

Sofea is such a big help 😍 Ye laa dia dah besar and dia pon paham yang aku tengah sarat. So kalo aku mintak tolong memang dia tak komplen apa laa. Walau pon kekadang aku tau budak sekolah ni weekend jer laa dia nak main nak berehat semua. Tapi dia korban kan jugak laa masa dia untuk adik adik dia 😘 Thank you Sofea ! Mama doa kan Sofea berjaya dunia akhirat and semua cita cita Sofea tercapai. Aaminn !

Arini KE ada urusan dia kat luar. Pepagi cam biasa laa semua ribut. Yang tak paham tu bapak nye kelam kabut yang budak budak ni pon sama naik. Tanak kalah 😩 Semua nak di buat nya subuh subuh hari. Aku ni pulak konon berangan laa Ahad nak tido lama sikit pagi. Memang harapan jer lah. Haha. KE keluar je aku pon angkut budak budak ni semua g breakfast. Gamble gila bawak si epott tu. Dia tu unpredictable sikit peel nya 😅 Etott okayy memang behave dalam kete. 

But Allah is the most gracious one. Epott behave all the way even masa makan pon dia tak mengamok. So tak de laa tangan kau macam polis traffic nak halang dia capai macam macam. Seronok tengok diorang makan banyak 😆 Semua nak di telan nya. Haha. Tu pon rezeki jugak tu. Anak anak bukan picky eater. Semua jenis tak ade hal. Tak ada alergik itu ini. Alhamdulillah 

The biggest reason why i keep going. Huhu. Kalo korang tak ada, may be mama pon dah tak ada kat negara ni 🙈 Huehuehue

xoxo

Tuesday, November 21, 2023

Sinetron Maid

so we finally experienced it too. biasa nya dengar jer masalah family orang lain dengan maid. sebelum ni aku tak ada maid and memang tak minat nak ada maid yang stay in ni. satu nya aku jenis rimas ada orang lain kat umah. dua aku jenis susah nak puas hati cara orang keje. but kene akui jugak i need help. 

ni maid aku yang kedua, yang first tu lari. tinggal anak aku sensorang kat umah. haramjadah. abai kan yang tu. bia die mereput. yang kedua ni datang memula elok. rajin keje. buat keje pon kemas. aku plak jenis tak sampai hati nak layan orang macam maid. layan bebaik sebab mikir kan kau jauh dari keluarga kau, jaga anak anak aku. so makan pakai kau aku jaga laa jugak. even ko nak g rebonding pon aku layan kan jer. 

tapi aku noticed die ni semacam plak lepas bercinta ada boifren. dulu memula datang cakap laki dah mati. ada anak dua je kat kampung. pastu bila start ada boifren cakap sebena nya laki ada kat Ipoh. bole tak nak mintak cuti jumpa laki ? pada aku kalo nk cuti elok kau cuti terus jer lah. eh pastu lain dah cite nye. laki ada gefren lain. so meroyan. mintak cerai. pastu nak balas dendam terus nak cari boifren baru. sinetron sangat kan ! tak pasal laa aku kene dengar cite rekaan kau ni setan. hey meluat betol.

yang buat aku hilang sabar ni bila aku dapat tau dia cuci berak n mandi kan anak aku dengan sabun cuci pinggan. axion weh. kau ghaseeee ? dah melecet kulit budak tu. memang laa ada masa aku rasa i’m a failed mother sebab aku tak banyak masa nak cebok nak mandi kan anak anak aku sendiri. aku buat mana yang aku dan and mampu jer. lagi laa sekarang 8months plus kau rasa aku larat nak handle dua budak ? sekali arini berak jer anak aku terus melalak. sebab pedih rasa nya. memang aku tak bagi dah laa die sentuh anak aku. tobat laa tak sabar nak suruh die berambus. 

stress tu tuhan jer laa tahu. rasa nak angkut dorang g ofis. nasib baik nya KE boleh WFH walau pon aku tau dia tak leh nak focus sangat since bebudak tu pon kekadang mencabar jugak. moga Allah balas jasa dan pengorbanan dia untuk anak anak and keluarga ni di dunia dan akhirat. 

xoxo

Sunday, November 19, 2023

Extra Stress for Sunday

Biasa nya Sunday ni aku nak chill jer. Jarang nak keluar g event ke party ke pape lah. Semua aku akan tolak 😇. Sebab nya aku rasa aku perlu masa untuk build up semangat untuk menghadapi hari Isnin. So dari pagi memang santai je makan nasik lemak and kemas kemas bilik. Tu pon aku dah mental awal pagi. Badan sakit gila mcm kene langgar ngan bus 😔 Tapi still lah kene kemas jugak kan. Paling utama aku kene btol kan cadar. Pantang btol aku cadar cam reban. Tapi bila kau dah 8 bulan lebih ni, btol kan cadar pon amek masa sejam. Mcm nak patah pinggang. Dalam kepala ada lagi baju nak kene cuci. Cuci tangan yee sistur ! Tanak la menimbun nanti aku rimas. Pastu stress sendiri. Padahal dah stress dah pon sebab cadar baju si epot ni muntah baru ni tak clear lagi. Pregnant kali ni memang tak bagus sebab aku terlalu stress dan penat. Tu pasal semua test and result tak cantik 😩

Punya la sakit badan aku tak reti nak explain. Baring straight sakit mengiring sakit semua sakit. Nak pusing pon bukan senang. Maklum lah paus 🐳 ya Allah harap ada laa pahala aku hadap semua ni. Walau pon aku mengeluh. Kadang memang rasa hazab n sengsara gila. Tu yang selalu menangis 😭 Dah tau orang lain tak kan paham rasa sakit nya camane. So aku telan je lah. Kadang menung mikir kan nasib. Mikir kan tahan ke badan aku nak beranak lagi sekali. Pastu nak melalui hari hari yang mencabar besar kan anak anak lagi.

Sempat jugak laa aku masak arini. Masak lemak udang 🦐 Dan laa mama makan sekali. Tu pon bila berdiri sengal sengal kaki aku. Setiap kali pijak lantai pon mencucuk sampai ke tulang belakang. So we had early dinner. It was good 😘 Ingat kan malam ni dah tenang. Sekali anak anak ni buat hal. Si etot tu laa punca. Memekak tak tau ke masalah. Lebih ke mengada. Nak kata sakit ke demam ke selsema ka xde. Tapi aku syak arini tak berjalan keluar. Die ni suka keluar amek angin naik kete. Tu yang die emo 😩 tu yang sampai sekarang aku blom tido lg. Nak update ni pon dh tiga kali berenti. Aaa stress 👻

xoxo

Sunday, November 12, 2023

Extra Penat

Seminggu dua ni aku rasa stress. Stress banyak benda. May be jugak pregnancy kali ni buat aku rasa penat sangat. And aku mmg tak enjoy the whole process. Tak sempat nak recover pregnancy lepas and back to another pregnancy. Even bila doctor tny nak cucuk bila nak test darah bila semua aku suruh doctor aku je decide. Aku malas nak fikir. Nak baya hospital pon aku malas fikir berapa berapa je laa kau charge. 

Penat.

Rasa hidup mcm tak terurus sangat. Letih nak susun untuk back on track. Macam banyak benda pending. Mostly payment lah. Haha. Tu pon stress jugak. Tapi aku berserah je lah. Ada rezeki ada. Bersangka baik dengan Allah. Bersyukur anak anak semua sihat. Membesar dengan baik. Environment pon elok. Harap nya kami ni panjang umur untuk selalu ada dengan dorang. 

Ntah lah. Ada masa aku rasa future ni kabur btol. Tak tau apa yang akan jadi. 

xoxo