Pages

Tuesday, March 5, 2024

kari tulang simple

helo again. 

hehe arini macam biasa menaip sambil tunggu lauk siap. kari tulang for today. alhamdulillah. rasa cam sedap and menjadi la kot. haha feeling kau sendiri masak sendiri rasa sedap. jap lagi bole laa goreng ikan masin. tu je laa lauk nya arini. x daya nak masak lauk macam macam.

KE tak tau lagi balik kol berapa arini. sian die kene makan kat luar. huhu. tapi okay jer kot karang nnt balik makan laa. kadang aneh jugak dia tu jenis suka makan kat umah. pastu aku pon konfius lauk aku masak betol betol sedap ke die cam terima seadanya jer. kenapa aku ragu ? sebab dari kecik memang jenis tak reti duduk dapur. aku rasa aku start masak pon 7-8 tahun sudah. tu pon awal awal dulu nasi goreng pon aku tak reti buat. kari apatah lagi. memang misi mustahil. 


so ni kari tulang versi aku. oh aku campur jer isi daging sikit. sebab takot tak cukup. kadang dorang ni pon makan tak beringat. haha. harap nya cukup laa. konsep aku masak apa ada nya jer. biasa nya apa ada dalam peti ais pastu pepandai laa kau ejas. since aku ada anak kecik yang suka join makanan orang tua maka kene fikir untuk kids friendly jugak. 

Bahan :

tulang + daging, daun kari, daun pandan, halia, bawang putih, bawang besar, 3 sekawan, santan, serbuk kari. rasa nya tu jer laa bahan utama. oh kentang pon ada dan sedikit sabar yer

cara masak :

aku blend bawang besar bawang putih and halia. yes aku tak buh cili boh or serbuk cili. sebab dua dua tu lupa beli. hahah. kalo ada korang letak lah. halia bawang putih n bawang besar pon ko kene hiris utk tumis. tumis sekali daun kari ngan daun pandan and 3 sekawan tu. sumpah wangi ! dah macam wangi elok jer tu ko letak bahan blend. masak sikit terus buh serbuk kari. tambah air sikit. pastu tumis laa sampai pecah minyak. aku tambah sos tomato ye. sebab tomato buah pon tak de kat umah. haha. then masuk kan daging / tulang. buh garam gula perasa semua ikot sukatan sendiri. then bia laa masak. dah agak agak bosan tu ko buh laa santan. tunggu sampai empuk daging/tulang baru aku buh kentang. then tunggu kentang plak masak. 

dah siap ! aku ni masak janji KE ngan anak anak makan sedap kat tekak dorang jer tau. okay laa nak goreng ikan masin plak. nasi dah siap masak. sape nak try cara aku sila kan :) aku rasa masak ni tak susah sangat. cuma kau kene sabar jer laa tunggu daging tu empuk.

xoxo

 

Monday, March 4, 2024

better me

oh dah bulan Mac. macam lama btol tak jenguk sini. banyak masa ke lain. haha. tapi okay laa terisi jugak waktu dan kehidupan aku. banyak masa dengan anak anak. dengan coloring apps aku tuh siang malam. masak. kemas umah. life is a bit teratur sekarang. may be sebab suami aku banyak sangat membantu. suprise suprise ! haha. but thankful.

sempat tukar header, sebab aku dah tanak yang colorful. biasa laa aku dengan kaler mandom. haha. hitam dan kelabu tu aku rasa warna paling sesuai dengan jiwa aku for now. umah sekarang dah selalu kemas tak sepah cam gila dah walau pon kami tak de maid buat masa sekarang. harap nya lepas ni kalo ada maid pon masih rajin laa semua orang. jangan terus jadi malas. especially tu anak dara yang first tu. 

tak pasti punca nya tapi macam lebih tenang. aku rasa kebersihan umah tu memain kan peranan yang besar dalam hidup aku. jiwa ni tak bole semak semak mula laa nanti cam nak tenggelam ke laut dalam perasaan dia. bila bersih umah nak masak pon semangat. nak hidup pon semangat. 



so kita cuba laa ubah sikit sikit apa kita buat on everyday basis. in shaa Allah lelama lekat laa tu. sekarang KE cam syok je pas subuh dia start ngemas. aku plak yang tdo. adehh. tapi best kalo menyapu pepagi sebab berpeluh. hahha. everyday aku cuba laa utk menten kemas cadar and mop bilik. bila bilik bau wangi aku pon syokkk. tempat tdo anak anak pon nak kene bersih and kemas. bia laa wangi jugak. budak budak ni pon kene ajar dari kecik hidup dalam persekitaran yang bersih. tadi semua tu dah selesai tu pasal aku bkeh lepak menaip kat sini sambil tunggu lauk anak aku siap. pasni sambung masak lauk ayah budak plak. hihi. walau pon kekadang aku ni malas masak tapi sebab KE suka makan kat umah kiteee masak laaa.

eksesais nya bila ?

xoxo