Pages

Monday, January 29, 2024

Pantang in Ipoh

Kita sambung pantang kat umah mak mertua. Hmm mak mertua aku ni rajin masak sedap sedap. Suka melayan cucu. Seronok kalo cucu balik. Tapi kesian dia penat je laa. Umah die jadi sepah. Anak anak aku pulak memang tengah melasak. Adehh kadang si Aesha tu naik emosi dengar dia melalak. Tak tau nak apa. Siap ada tantrum skarang ni. Sah menurun peel bapak nya sebab aku xde perangai gtu πŸ˜…

Bila keluar dari umah ni mandom aku kurang laa sikit. Maybe sebab suasana beza kot. Tapi petang tadi ada jer aku teringat siap pakej penuh kebencian sekali.  Ada masa terus rasa kau mmg xde tempat dah dalam hati aku nih. Part happy tu kekadang aku rasa cam aku pura pura jer pon ada. Istanbul used to be my favorite place. Security reason my foot! πŸ˜” Tapi since then aku rasa meluat ada lah. Tengok iklan pon aku rasa geli and menyampah. May be kalo nak overcome perasaan tu aku kene revisit ngan kawan kawan or anak anak. Tapi aku prefer bawak anak anak aku la kot. Kang kalo kawan aku mandom lagi. Tu satu peristiwa bodoh yang menyusahkan sampai ke mati πŸ˜”

Diam diam dah 3 mggu aku cuti. Dengg ! Ttibe cemas dah nak kene masuk keje balik dah ke ? Aku dah nak kene tinggal kan Ali ??? πŸ˜“ Walau pon aku akan masuk balik lepas raya. Jauh lagi perjalanan nya. Tapi tau laa kalo duduk umah ni terasa cepat betol masa berlalu. Cuba kau buat keje kat ofis dan dan tu masa macam tak bergerak. Adehh. Ni pon orang ofis dah start call. Tapi bole laa handle lagi πŸ˜‚ masalah kecik jer. 

Harap nya emosi aku akan stabil sepanjang cuti ni. Aku nak happy ngan anak anak aku. Malas nak serabut. Tapi tu lahh ada masa memang tetap banyak hal. Nak focus keje cari duit bayar hutang, jaga anak, jaga family, merantau and migrate 🀲🏻

xoxo

Monday, January 22, 2024

Berangan !

Helo. 

Aku ni dah selsema at least 5 days dah. 3 hari pertama tu kemain teruk. Meniarap pon terus sesak nafas. Lain macam blocked nya. Pastu tenang kan diri minum air banyak, mop habuk habuk semua mintak doa tak putus then okay sikit. Tapi masih flu cuma tak de laa pakej sakit kepala sekali 😡‍πŸ’« Ali pon selsema jadi cam biasa laa mak paranoid aku pon tak tdo. So berjaga laa kita sampai kol 5 camtu baru aku tido. Huhu nasib tak cranky πŸ˜‚

Kali ni susu banyak. Murah rezeki anak anak aku. Cuma kene rajin laa pam so that they can share. Mentang susu banyak laki aku main order jer. Nanti die sumbat laa kat mulut memana anak yang bising tu πŸ˜… haha satu hari semua ni akan jadi kenangan. Nanti dorang dah besar dah tak de dah cari aku nak susu. Aaa sedih pulak. Harap korang tak lupa kan mama ngan Daddy laa nanti

Hari hari kami doa kan anak anak ini diberi perlindungan oleh Allah. Kami berdua di beri usia yang berkat dan panjang, diberi kesihatan yang baik agar dapat jaga amanah ini sebaik mungkin. Semua ni tak mudah. Tapi setiap apa masalah yang hadir tuhan dah janji kan jalan penyelesaiannya 🀲🏼 Selalu aku fikir lately bagus nya kalo bole jaga anak anak sendiri tapi ye laa kami bukan duit berkepok kan, kene jugak keje dua dua orang. Tapi tak salah pon kalo aku terus doa biar KE dapat hasil yang banyak yang mana aku boleh opt for CTG and jaga anak anak. Weehuu ! In shaa Allah kalo itu yang terbaik Allah akan mudah kan 😘

Bole laa aku feeling bawak anak anak g mall, makan tengok movie, beli barang urus kan hal dorang kat umah. Bole anta amek Sofea sekolah, sedia kan makan semua makhluk dalam umah. But i need helper still. Sebab sah sah baju semua banyak dan aku tak de kekuatan utk urus kan semua tu. In shaa Allah dan berangan tu free. Kita usaha lah ke arah itu ✌🏼

xoxo



Wednesday, January 17, 2024

Tiga Budak Kecik

i lost count. can't even remember what day is today. don't know what date is today. or more to tak amek peduli. haha. kalo tau pon may be hari Jumaat sebab laki pegi semayang tengah hari. semua masa pon habis dalam bilik jer. tu pon ada jugak turun tangga dalam a few days ni. bila duduk lama nak bangun tu sakit gila. huhu. so banyak masa atas katil je lah. berteman kan ipad. sampai dah tak ada idea nak tengok apa. 

aku rasa kehidupan masih tak terurus. nak manage hari hari dengan budak budak. dengan Sofea yang makin besar. tu pon nak kene bagi perhatian jugak tu. kalo tak memang kelaut laa jawab nya. Aesha yang dua hari dah meragam. aku syak die sakit perot. Atiff menten tdo lena. tapi makin nakal. KE yang tak sudah sudah keje. Ali yang menten baik dan sopan. cuma skarang ni dia macam selsema sikit. so aku takot nak tido. kang aku lena memang aku tak sedor apa dah jadi kt anak aku.  



setiap pagi boleh dikatakan aku akan bangun lewat. kadang sampai kol 10am baru nak bangun. sebab kol 4am baru aku tdo. budak kenit ni malam kadang sejam sekali dia bangun. kadang dua jam. tak tentu. blom kira yang ttibe si Aesha tu meraung tak tentu hala. banyak cabaran nak besar kan dorang ni yee. KE ada masa penyabar ada masa sabar die ilang juga. haha. biasa laa manusia kan ada laa time time die.

okay laa nak g simpan susu !

xoxo

Monday, January 15, 2024

Random Thought

Everyone dah selamat tdo. Yang kecik ni pon dah susu so die pon sambung lena. Bila letak kat bantal ada laa bunyi bunyi sikit. Kalo dukung elok je diam nya. Haishh. Belajar tdo kat bantal yee nanti pas raya mama dah masuk keje kene tinggal kamu kat umah. Komfem kene tido kat bantal sendiri dah πŸ˜… aa ttibe sedih mikir kene tinggal anak. Ya Allah panjang kan lahh usia kami berdua dan anak anak kami ni. Biar laa kami ada sampai dorang dah stable hidup sendiri. Aaminn !



Tahun ni kita terus lah berusaha untuk dapat duit and hidup dengan lebih baik. Mama ngan Daddy akan usaha sebaiknya. In shaa Allah korang kene doa kan laa tau. Jangan buat tak tau pulak. Selalu lah berdoa pada Allah agar mudah semua urusan kita semua ❤️Aku percaya aku banyak menumpang rezeki anak anak aku. Semoga keluarga ni selalu diberkati. In shaa Allah 

Bila dah masuk tahun baru aku start dengan tanak get too attached dengan benda and barang barang aku. Aku dah start rasa aku boleh share or i can start giving them out. Biggest pemberian aku rasa so far is ipad mini pink. Aku just reset and bagi pada Sofea. Padahal sebelum ni pinjam pon jangan harap πŸ˜‚ yang lelain pon aku jual sebab banyak sangat. Plus masa tu plak aku perlu kan cash. So itu la aku let go dengan pantas. Kadang ada masa aku teringat jugak kt semua ipad lama tu. Haha. 

xoxo


Pantang #day 5

Pantang can be a very lonely journey bila kau rasa kau satu beban pada orang lain. Banyak benda and basic things pon kau tak boleh buat πŸ˜”Jangan paksa diri nanti sakit lama. May be ada yang paham may be jugak orang rasa kau mengada ngada. Tapi percaya lah sesungguhnya mengandung dan beranak tu menyakitkan dan memenatkan. Sila sayang diri sendiri ❤️

Arini sesi urut and tungku yang ke 4. Sumpah sedap. Susu pon meriah bila start urut. Alhamdulillah untuk rezeki anak anak aku. Semua pon under 2 kan. So korang boleh lah share susu mama ramai ramai. Harap nya meriah lah lagi susu ni. Akan selalu pam and direct bf. Lagi dua tu tak berani laa nk direct dorang dah ada gigi πŸ˜…

Sometimes aku rasa support tu paling diperlu kan masa pantang. Jangan nak buat pening. Aku ni dah laa sakit korang menambah lagi. Memangbtak mudah lah bila ada anak umur setahun lebih dua orang. Dorang pon memang fasa nak perhatian jadi tak leh salah kan dorang jugak πŸ˜‘ Sofea pon terabai. Time ni lah jugak KE busy. Biasa nya gtu lahh time diperlu kan semua busy semua buat hal. Huhu

Okay laa nanti nak mandi air daun lg. arini banyak sakit kepala

xoxo

Sunday, January 14, 2024

Pantang #Day 4

Boleh dikatakan gagal sepenuh nya today. First tak ada sesi mengurut. So aku tido sampai dekat jam 10. Sebab semalam berjaga every one hour. Dengan pagi ni budak budak mengamok tak tentu hala. Rasa nya sebab lapor. Tak tau kenapa dorang tak makan padahal dah bangun awal. 

KE ada keje kat KLIA so die angkut semua bawak g airport. Which aku bersyukur gila at least aku rasa tenang sekejap. Boleh focus pada urusan Ali and kemas umah. Aku ulang in every post dah rasa nya aku benci umah sepah and kotor. Boleh sakit jiwa. Bila keadaan macam ni pulak lagi laa aku tak boleh buat apa. Hopeless gila ! Terus rasa benci duduk umah. 

So bila ada sikit masa terluang aku amek la masa untuk kemas. At least kat mata aku tak de laa umah ni berterabur macam sarang tikus. Aku tak reti nak abai kan and biar kan or buat tak tahu. Penat ke pinggang nak patah ke berdarah ke apa aku buat jugak laa slow slow. Ni for mental health aku jugak. Sempat laa tadi aku rebah belakang kejap before budak budak tu balik. Sempat makan roti canai. Sempat cuci botol susu and kemas dapur sikit. 


Badan mak lepas beranak ni masih belum pulih jadi x bole expect dia perform jaga anak jaga umah as good as masa before mengandung. Sebab tu kita tak leh judge umah dorang sepah and persoal mak die buat apa. Haha jawapan nya memang mak die ada busy healing dari luka luka sakit urat putus semua tu. Cam aku kali ni tambah plak fungus kat peha. Apo lahai pas beranak masih ada lagi simptom aneh aneh. Tak per lah sis redha jer lah, janji semua terkawal. Buh je la ubat dan doa cepat baik. 

So begitu lah kesah gagal hari ni. Kita cuba lagi esok berpantang dengan lebih baik. 

xoxo

Saturday, January 13, 2024

Pantang #Day 3

Day 3 berpantang !

So far masih waras sebab yang dua ketol tu KE yang handle. Bersyukur gila dia bole handle budak budak tu dengan baik ☺️ Aku memang fokus diri sendiri ngan anak kecik jer. Memang dari awal niat nak pantang dengan lebih baik. Walau pon pagi tadi dah ada unsur unsur nak stress bila bilik tdo bersepah. Dah mula rasa nak duduk sorang jauh dari orang ramai πŸ˜” Pagi tadi masuk bilik Sofea pon aku stress. Tak paham laa makanan ada atas meja since semalam. Camane kau hidup wehhh ?

Oleh itu aku just decide nak mop light light jer la bilik aku ni. Btol kan cadar katil budak budak tu. Aku serius rimas kalo cadar huru hara. Pantang btol kat mata aku πŸ˜‘ Biar umah buruk janji bersih. Toilet tu pon satu hal jugak tu cepat btol berkulat. Kat ruang main dorang ni aku rasa dah best bila ada tilam and frame katil sofea yang lama. Thanks to Daddy laa bersungguh pasang semalam untuk anak kecik dia πŸ˜‡Tapi bleh plak aku salah beli tilam. Extra besor pulak. Nanti laa beli lain. Nanti buh tv dah jadi port lepak anak anak dan mak pak nya. Haha. Jadi laa. Kita seronok cara kita πŸ‘©πŸ»‍🍼

Petang tadi family mertua aku datang. Biasa kalo dorang datang memang meriah lah. Makanan penuh. Baju baju lagi. Haha. Seronok kehidupan budak budak ni 😘 Murah rezeki selalu in shaa Allah. Kebetulan abg ipar aku ada catering umah Pikah. So alang alang tu kita order laa extra untuk umah. Budak budak ni suka betul masak kurma. Memang bertambah lah makan nya. Thank you kak na sebab nengok kan mereka time KE tak ada, aku ni memang dah macam bed ridden dah tak leh nak melasak kejar dorang. Tu pon langgar pantang laa dah siap turun tangga g cuci pinggan semua 😊

Ni anak anak semua dah tido aku ada laa can nak menaip. Ni pon kalo ada mak aku jangan harap kau bole melepak depan ipad camni yee 😩 Dia akan bebel sampai kau baring jer macam kubis. Haha. Heran aku pantang dia. Tak per laa kita dengar je laa mana yang boleh πŸ˜…

Anyhow aku tak tau camane nak menzahirkan rasa syukur aku pada Allah. Banyak nye benda Allah mudahkan dalam hidup kami ni πŸ™ƒ Ntah laa rasa cam tak tersangka sangka. Setiap satu pertolongan dan berita baik kami terima. Rezeki tu tayah cakap laa. Bertambah tambah and tak putus. Sujud jer laa tanda syukur yang tak terhingga. Tahun ni dan yang akan datang mari laa kita gandakan rasa syukur kita pada Yang Esa !

xoxo


Thursday, January 11, 2024

9 Jan 2024

Alhamdulillah rasa syukur yg tertinggi buat Allah. Sesungguhnya semua kesakitan yg ditanggung tak kan berjaya aku hadap tanpa belas yang Esa 🀲🏼 Terima kasih buat suamisaya yang sentiasa sabar menunggu dan membantu sepanjang tempoh nak bersalin sehingga lahir seorang putera kami. Bersih laksana bulan 🫠 moga hadir kamu membawa seribu satu rezeki dan kebahagiaan buat kami semua. 

9 Jan 2024 tepat jam 1125 pagi anak lelaki kami selamat dilahirkan. 

Tak tau laa nk explain macam mana, tapi perasaan tu tak boleh digambar kan. Rasa seronok rasa lega rasa bahagia semua lahh. Rasa syukur tu lagi laa x boleh nak explain. Allah mudah kan urusan kami. Dalam duk cuak tak cukup duit semua lah Allah bantu. Tak perlu stay hospital lama sangat. Anak anak lain pon ada je bantuan kakak ipar jaga, along aku anta Sofea sekolah. Helps come in different ways. Forever bersyukur for that ❤️

Wahai harta dunia akhirat mama dan daddy,

Welcome to this world. Penuh dugaan dan jalan yang mencabar. But ingat lah Allah selalu ada. Tanam kan dalam diri dan hati Islam itu agama kita. Iman tu kene sentiasa terpasak dalam jiwa kita. In shaa Allah kita akan selalu dilindungi. Aamin !

xoxo

Sunday, January 7, 2024

Jadi yang lebih baik

It's almost 2.30am and i can't sleep since an hour ago. Ttibe badan rasa tak selesa and gatal 😣 Mintak KE sapu kan minyak angin kat belakang. That is for instant relieved. Tapi dalam hati tetap berdoa biar tuhan angkat rasa gatal and tak selesa itu 🀧 Aku selalu ingat kan diri apa pon jadi doa first and ikhtiar. Sebab kita ni hamba so apa pon jadi always mintak to our Allah. 

Pastu aku mandi air suam. Ni boleh laa tenang kan sendi sendi aku yang sengsara ni 😒 Amek peluang gosok gosok perot jugak bercakap ngan baby dalam ni. Mintak esok keluar baik baik. So dedua kita selamat. Jangan buat mama panic tak bergerak lama. Kene bergerak gerak sikit show some movements so i know that you are okay πŸ€—

Arini dalam diam aku order inner neck dari the one and only anak tudung yg aku boleh pakai. Itu jer la yang tak sakit kepala. Bagi laa aku jenama macam macam memang tak jalan πŸ₯± Order pon dengan niat if pakai bawal lepas ni aku akan pakai inner dah. Huhu. Selama ni memang tak pakai pon sbb dah selesa camtu. Kalo warna gelap okay, tapi kalo cerah kekadang tu susah sebab nampak telinga. Dah masuk umur 40 ni kita usaha laa untuk baiki mana yang boleh 🀲🏻 Anak pon dah nak masuk empat. Nanti semua pon nak masuk syurga. So kita baiki laa diri dari the smallest changes possible. 

Semoga tahun ni lebih baik amalan nya dan hubungan dengan Allah, keluarga dan kawan kawan. Yakin lah bila hubungan dengan Allah baik, maka urusan hidup kita akan diatur dengan begitu cantik ! ❤️πŸ’šπŸ€

xoxo

Saturday, January 6, 2024

Yakin Lah !

Aku jarang nak tulis bab ni dalam blog. Blog lama dulu may be ada laa aku merempan kejap. Tu pon sebab aku just nak luahkan perasaan. Selain dari tu aku memang simpan jer. Sebab tu aku archived kan jer posting tu dulu. Susah jadi pompuan macam aku tau. Haha. 

Ada satu insiden yang aku rasa sampai bila bila pon aku tak kan lupa lah. And it involved a few people yang kalo boleh semua pon aku nak get rid off. Tapi biasa laa aku kekadang hati lembut. Jadi i kept some of them still. Memaafkan is never easy. Never yer ! And benda tu semua still lingers. Bayang kan how hurtful it was sampai the only tempat aku mengadu was atas sejadah. Yang kau betul betul rasa kau bercakap dan mengadu pada Tuhan kau. Which i never experienced this before. 

Semua perkataan semua ayat ayat tu semua masih segar dalam kepala aku sampai ke hari ni yee. Biasa laa pompuan kan benda berlaku 57 tahun lepas pon masih segar dalam kepala, lagi lagi kalo salah orang. Hihihi. Jadi nya aku mengambil solution untuk tidak membalas dengan apa jua perkataan yang boleh menyakitkan hati pihak-pihak yang terlibat. Sebab nya aku simpan btol dalam hati pada janji Allah;

" Berhati-hatilah dengan diamnya seseorang yang anda sakiti, kerana jika dia tidak membalas dengan perbuatan mahupun perkataan, Allah pasti akan ! "

So i kept this close to my heart dan aku sangat sangat lah percaya pada - Nya. Ada satu masa di saat hati aku rasa sarat betul, aku paused sekejap just to angkat tangan dan berdoa. Biar laa dia rasa kesakitan yang tiada batasnya. Setiap kaki dia melangkah terasa pedihnya. Selagi mana aku terasa sakit biar lah sakit tu berganda and she will never be happy. Dan aku kembali tenang.


Over years aku dah boleh move on sikit lah. But tak sure the other side macam mana. Sebab bole di katakan masih ambik tahu dan aku decided to upload something for her eyes. This was the quote meant for her. Aku mengaku memang aku sengaja sebab aku nak orang tahu susah nya hati aku pulih. The fact that aku bersabar dengan semua cerita kau tuh it requires me being tough. Dan again itu semua tak mudah. Dalam hati aku pon ada perasaan supaya kau berubah. Jadi la manusia yang lebih baik. Bukan laa nak cakap aku baik but just be a better version of yourself. May be sedikit menyesal dengan benda benda kau buat dan cakap kat aku kat laki aku and kawan kawan kami. 

But again janji Allah itu pasti, mati itu pasti tak kan awal dan lewat walau sesaat. She suffered with a deadly penyakit and left this world. And it just ends here. The sufferings. The pain. Hopefully kami semua boleh move on dan hidup lebih baik lepas ni. We need to strive to be better. Better Muslims, better parents, better makhluk Allah dan better version of oursleves in so many ways. 

May Allah forgive all of us !

xoxo


Lifted Spirit

Yerp still pregnant. This baby masih blom decide untuk keluar. Suka sangat duk dalam perot mama agak nya. Daddy kata duk dalam perot mama bole makan mcm mcm. Kalo keluar nanti kene kene minum susu jer manjang. So baik duk dalam perot 😌

Kekadang ada rasa contraction tu. Itu jam memang sakit smpai ada rasa nak marah lah. Tp kekerapan tu blom lg sampai kene pegi hospital. Masih lagi jarak masa yang jauh πŸ˜“ So sis masih tabah dan sabar. May be kali ni lain sikit simptom die. Tak boleh nak agak bila die nak keluar. Kita serah pada Allah jer lah. Mana yang terbaik. Bila bila pon tak per janji kami dua dua sihat. Suami dan anak anak sihat πŸ˜πŸ™πŸ»

Tapi sekarang aku dh kurang bergerak. Macam paus. Pastu level malas bersiap tu mcm horror gila. Aku sendiri pon tak gamak nak tengok rupa paras aku skarang. Tadi gagah kan jugak laa ajak KE pegi Watson beli moisturiser sebab kulit muka dah memang kering and kusam. Pastu beli liptint sekali. Bibir pon kering lebam dah aku tengok. Camane laa orang lain beranak muka cam baru pas jumpa mekap artist. Aneh tau 😣

Tapi dr umah aritu memang aku dah pack sesiap cushion foundation. So xde laa doctor terkejut sangat tengok pompuan tak siap beranak kan. Haha arini baru laa ada upaya dan kerajinan sikit. Macam lifted spirit. Tiibahh. Tapi betul badan rasa ringan sikit. Kat area bahu tu dah kurang rasa tegang and berat 😬 doa doa laa semua dipermudah urusan kami anak beranak. In shaa Allah

xoxo


Thursday, January 4, 2024

Semoga Semuanya Okay !

Happy new year ! Walau pon dah masuk hari ke lima. And i'm still pregnant. Walau pon memula tu aku rasa aku akan bersalin awal. But so far masih silap. Yes we planned but remember Allah is the best planner. Walau pon aku tak tau apa plan nya but i put my trust in His plan. I guess that is what tawakkul means. 

Staying umah kakak ipar for the past 3 days. Sebab umah aku tak de maid yang bermalam. Maid skarang stay out. So susah sikit if aku tetiba kene masuk pegi hospital malam. That is the best solution yang kami dapat fikir kan buat masa ni. Memang laa rasa cam tak best sangat sebab cam menyusahkan orang. Huhu. Tapi kene fikir kan anak anak tu dulu. Dorang jenis nak kene amek masa before bleh mesra. And sekarang alhamdulillah dorang dah gang ngan Ika & Wulan. Kene plak umah ni manjang makanan sedap. Balik nanti kalo korang memilih makan aku piat telinga !

Since last check up memang ada kekadang contraction. Ada masa rasa sakit tu kuat tapi tak kerap. Kadang lepas 2 jam baru ada rasa lagi. Pastu ilang. Cuma malam nak tido tu aku kurang lena. May be sebab perot dah besar rasa sangat tak selesa. Honestly aku dah rasa cam aa cepat laa budak ni keluar mak dah penat. Tapi sis sabaaar. Haha. Kene jugak pikir sakit nya tuh. Nak menahan diri dari sakit contraction tu bukan mudah ye. Hazab ! Ntah laa macam macam fikir nya. Tapi yang negatif dah banyak keluar dari kepala. So far lebih tenang walau pon ada nervous nervous sikit. 

Ya Allah mudahkan laa proses aku bersalin kali ni. Sesungguhnya Kau tahu aku ni bukan jenis yang kuat sangat menahan sakit. Terlalu lemah. Mudahkan semuanya so that i can get back to my family secepat mungkin. Jangan ada complication yang aneh aneh to both of us. Hopefully bill pon tak mahal sangat. Kesian suami aku nanti. 

Doa kan laa yang terbaik. Aamin !