Pages

Saturday, April 27, 2024

sekadar apa adanya

Selamat hari raya ! Haha punya laa lama hilang. Sampai raya pon dah nak habis baru muncul balik kat sini. Well so many things happened. And kami dah dapat maid. Thanks to kakak aku laa sebab bayar kan. Dia tau adik die tengah haywire sekarang ni.

Aku dah start keje jugak. Masuk baru seminggu tapi penat ya salam. Hahaha. tapi tak per lah mak aku selalu pesan keje pon ibadah jugak. So sis redha. Kene laa keje untuk diri sendiri dan keluarga. Sekarang semua benda pon mahal semua benda pon kene fikir banyak kali.

Sekarang fokus kitorg lebih pada anak anak. Especially dorang punya education. Nak kene menyimpan jugak for their future mana laa tau nak belanja study tetiba jadi mahal gila ke. We never know. Kalo fikir fikir memang bole give up tau. Tapi aku rasa dah nama nya pon hidup memang kene struggle laa. Tak per tuhan ada. Dont worry !

sekarang ni macam musim panas. aku extra penat tau. budak budak ni pon laju aje mintak nak mandi. hehe kesian. aircond pon kadang antara rasa dengan tidak aje. bil letrik tayah cite lah memang level T20 teratas sekali. Tuhan je laa mampu bantu 😅

okay laa sekarang otak tak berapa nak berfungsi laa. seloowww jer. nanti laa aku amek mood balik menaip kat sini. banyak masa habis dekat ipad saja 

xoxo


Monday, April 1, 2024

Penat lah !

Helo

Rasa cam dah lama plak aku tak update pape kat sini. Bukan lupaa tapi banyak benda lain aku kene buat. Plus i have finished 2 books in a month. What an achievement ! 

Hari ni aku rasa nak kemas sikit bilik tamu bawah ni. Since bibik tak de bilik die tu aku jadi kan laa store for now. Hari ni aku rasa penat actually. Entah laa macam tak de mood pon yer. Malas dan sangat laa tak semangat. Semua pn aku rasa malas nk urus kan. Otak pon penat. Badan pon letihhh sangat. Tak tau apa yang penat sangat. Nak kata macam macam aktiviti buat pon tak. 

Mungkin aku kene bersedia mental nak masuk keje lepas raya ni kot. Agak nya sebab tu laa aku jadi bad mood. KE pon blom fully stable lagi. Semua benda bercampur jadi macam macam ada dalam kepala. Hehe tak per lelama okay laa ni. Kehidupan kene terus kan kene cekal and kuat for the kids.

Okay laa. Arini kita try masak portugese grill. Tengok laa apa hasil kejadian.

xoxo

Tuesday, March 5, 2024

kari tulang simple

helo again. 

hehe arini macam biasa menaip sambil tunggu lauk siap. kari tulang for today. alhamdulillah. rasa cam sedap and menjadi la kot. haha feeling kau sendiri masak sendiri rasa sedap. jap lagi bole laa goreng ikan masin. tu je laa lauk nya arini. x daya nak masak lauk macam macam.

KE tak tau lagi balik kol berapa arini. sian die kene makan kat luar. huhu. tapi okay jer kot karang nnt balik makan laa. kadang aneh jugak dia tu jenis suka makan kat umah. pastu aku pon konfius lauk aku masak betol betol sedap ke die cam terima seadanya jer. kenapa aku ragu ? sebab dari kecik memang jenis tak reti duduk dapur. aku rasa aku start masak pon 7-8 tahun sudah. tu pon awal awal dulu nasi goreng pon aku tak reti buat. kari apatah lagi. memang misi mustahil. 


so ni kari tulang versi aku. oh aku campur jer isi daging sikit. sebab takot tak cukup. kadang dorang ni pon makan tak beringat. haha. harap nya cukup laa. konsep aku masak apa ada nya jer. biasa nya apa ada dalam peti ais pastu pepandai laa kau ejas. since aku ada anak kecik yang suka join makanan orang tua maka kene fikir untuk kids friendly jugak. 

Bahan :

tulang + daging, daun kari, daun pandan, halia, bawang putih, bawang besar, 3 sekawan, santan, serbuk kari. rasa nya tu jer laa bahan utama. oh kentang pon ada dan sedikit sabar yer

cara masak :

aku blend bawang besar bawang putih and halia. yes aku tak buh cili boh or serbuk cili. sebab dua dua tu lupa beli. hahah. kalo ada korang letak lah. halia bawang putih n bawang besar pon ko kene hiris utk tumis. tumis sekali daun kari ngan daun pandan and 3 sekawan tu. sumpah wangi ! dah macam wangi elok jer tu ko letak bahan blend. masak sikit terus buh serbuk kari. tambah air sikit. pastu tumis laa sampai pecah minyak. aku tambah sos tomato ye. sebab tomato buah pon tak de kat umah. haha. then masuk kan daging / tulang. buh garam gula perasa semua ikot sukatan sendiri. then bia laa masak. dah agak agak bosan tu ko buh laa santan. tunggu sampai empuk daging/tulang baru aku buh kentang. then tunggu kentang plak masak. 

dah siap ! aku ni masak janji KE ngan anak anak makan sedap kat tekak dorang jer tau. okay laa nak goreng ikan masin plak. nasi dah siap masak. sape nak try cara aku sila kan :) aku rasa masak ni tak susah sangat. cuma kau kene sabar jer laa tunggu daging tu empuk.

xoxo

 

Monday, March 4, 2024

better me

oh dah bulan Mac. macam lama btol tak jenguk sini. banyak masa ke lain. haha. tapi okay laa terisi jugak waktu dan kehidupan aku. banyak masa dengan anak anak. dengan coloring apps aku tuh siang malam. masak. kemas umah. life is a bit teratur sekarang. may be sebab suami aku banyak sangat membantu. suprise suprise ! haha. but thankful.

sempat tukar header, sebab aku dah tanak yang colorful. biasa laa aku dengan kaler mandom. haha. hitam dan kelabu tu aku rasa warna paling sesuai dengan jiwa aku for now. umah sekarang dah selalu kemas tak sepah cam gila dah walau pon kami tak de maid buat masa sekarang. harap nya lepas ni kalo ada maid pon masih rajin laa semua orang. jangan terus jadi malas. especially tu anak dara yang first tu. 

tak pasti punca nya tapi macam lebih tenang. aku rasa kebersihan umah tu memain kan peranan yang besar dalam hidup aku. jiwa ni tak bole semak semak mula laa nanti cam nak tenggelam ke laut dalam perasaan dia. bila bersih umah nak masak pon semangat. nak hidup pon semangat. 



so kita cuba laa ubah sikit sikit apa kita buat on everyday basis. in shaa Allah lelama lekat laa tu. sekarang KE cam syok je pas subuh dia start ngemas. aku plak yang tdo. adehh. tapi best kalo menyapu pepagi sebab berpeluh. hahha. everyday aku cuba laa utk menten kemas cadar and mop bilik. bila bilik bau wangi aku pon syokkk. tempat tdo anak anak pon nak kene bersih and kemas. bia laa wangi jugak. budak budak ni pon kene ajar dari kecik hidup dalam persekitaran yang bersih. tadi semua tu dah selesai tu pasal aku bkeh lepak menaip kat sini sambil tunggu lauk anak aku siap. pasni sambung masak lauk ayah budak plak. hihi. walau pon kekadang aku ni malas masak tapi sebab KE suka makan kat umah kiteee masak laaa.

eksesais nya bila ?

xoxo

 

Wednesday, February 28, 2024

Went on

Everyone is sleeping. And here i am attached to my ipad. Been actively doing almost everything on my ipad. A place of distraction. Bulan ni perasaan aku haywire. Trauma is real. Tapi tak semua orang faham. And aku tak mintak pon orang paham. Aku just need a little space to adjust myself. Sometimes spaces tu ada dalam otak aku jer, where i can ignore and explore.

Honestly arini ada rasa nak being alone and away. Buat buat kuat and happy ni penat. Aku akan extra penat bila dah malam. Mula laa aku nak mengemas supaya aku lupa and ada dlm dunia aku sendiri. It is so complicated man !

I think this quote is the best to explain the feeling 😔

Friday, February 16, 2024

Macam biasa, Penat

Tak boleh tdo pulak, may be sebab aku extra penat. So kita pam susu lah. Tengok apa hasil nya. Susu drop teruk lepas aku down and stress aritu. Macam tak recover terus. May be la kot sebab aku dah malas nak cakap aku penat. May be nampak cam biasa biasa je kot penat ni. Tak per lah. Buat jer la selagi mampu. Selagi boleh berdiri boleh bernafas buat jer la semua keje. Nanti dah xde then masa tu kau rehat lah puas puas.

Aku makin rasa this journey is getting lonely. It's okay mungkin begitu lah hidup. Lagi pon aku dah nak masuk 40 this year. Kene laa belajar hidup banyak sendiri. Kita pon tak tau umur ni tuhan bagi pinjam sampai bila kan. Terus kan buat apa yang aku mampu 😊 nanti dah start masuk keje pulak. Tu pon masalah jugak. Pegi laa memana pon tetap jugak ada masalah so kita ikut jer la ketentuan nanti.

Aku dah rasa give up dengan banyak benda. Sekarang ni aku doa je la anak anak aku in a good hand. Dorang bahagia and happy. Aku ada ke tak de ke dorang bole idop bebaik. Tu je la pon yang aku risau kan. Huhu. In shaa Allah semua akan baik baik belaka 😇

Sesungguhnya saya sangat lah penat. Penat banyak benda. 

xoxo



Sunday, February 4, 2024

Actually Tired

Feeling a little better than yesterday. Last three days were the worst. Woke up tired even after long deep sleep. Memang btol btol rasa tak terurus. Sehari aku mandi sekali jer. Which is sangat tak patut time pantang ni. Dah lama tak mandi air daun panas tu. Haihh. 

Now Ali n Aesha tido. Atiff daddy bawak g meeting. Bole la aku tenang sikit. Aku ni emosi tak berapa nak stable. Aku cepat penat cepat serabut cepat stress. Semua benda lah aku nak menangis. Dah sama banyak ngan Ali menangis. 


KE banyak membantu tapi aku ni manjang rasa serabut. Memang tak tenang. Banyak rasa nak duduk sorang. Entah rasa malas nak bergaul. Nak kata down tu macam tak, tapi lebih pd rasa malas and tanak. Even keje pon rasa tanak. Haihh xtau laa nak apa 😩